Friday, December 10, 2010

khas untuk individu bergelar pelajar

cuba anda fikirkan,

sekarang anda sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing.sama ada di IPTA mahupun IPTS.pernah anda mengira berapa sebenarnya perbelanjaan pendidikan anda ?? dari tahun satu sehingga akhir?? kalau pernah, cuba anda tambahkan dengan perbelanjaan makanan, minuman, kelengkapan pembelajaran, assignment, beli itu ini dan sebagainya.jadi, berapa semua nya?? RM --- --- mungkin mencecah puluhan dan ratusan ribu bukan?

jadi, dari manakah sumber duit yang anda perolehi?? 1)IBU BAPA 2)PINJAMAN 3)BIASISWA 4)PENDAPATAN SAMPINGAN

hasil selidik menunjukkan pelajar peroleh sumber kewangan dari nombor satu dan dua.hanya sedikit peratusan menerima yang ketiga. dan ini adalah paling sedikit, iaitu nombor empat (pendapatan sampingan).

BAGI YANG NOMBOR 1,
pernahkah anda terfikir bawaha ibu bapa anda telah mengeluarkan belanja yang besar untuk anda.sejak dari anda kecil sehinggalah kini.pernahkah anda terfikir untuk membalas jasa mereka.sebagai contoh dengan memberi mereka wang perbelanjaan? jadi, bilakah tiba masa nya?adakah setelah anda habis belajar kemudian mencari pekerjaan?bukankah ketika itu anda masih lagi sedang memikirkan mengenai diri anda?kereta mungkin?jadi bila masa nya?...

BAGI YANG NOMBOR 2,
pernahkah anda terfikir, bilakah anda mungkin dapat selesaikan pinjaman anda?setelah habis belajar?tapi, anda perlu cari kerja bukan?potong gaji?tapi ansuran sehingga memakan masa bertahun-tahun.bagaimana dengan perbelanjaan sendiri?cukupkah gaji anda untuk menampung kesemua perbelanjaan ini?...

BAGI YANG NOMBOR 3,
tahniah.anda bernasib baik.tapi adakah anda individu yang menggunakan biasiswa yang diterima kejalan yang betul?adakah anda menyimpan baki wang yang diperolehi?adakah cukup untuk menampung segala perbelanjaan?mungkin anda perlu menambah sedikit duit anda.tapi sumber nya dari mana?ibu bapa?...

BAGI YANG NOMBOR 4,

ANDA SEORANG YANG BIJAK.anda sudah berdikari untuk menampung perbelanjaan sendiri.anda sudah meringankan beban yang digalas oleh ibu bapa anda.tidak kesahlah dari mana sumber pendapatan anda. asalkan dari sumber yang halal.tetapi, cukupkah duit yang anda perolehi??


sungguh panjang hujah saya pada kali ini. tahniah anda sudah berjaya memikirkan sesuatu mengenai diri anda.

> > > sila tulis, apakah keutamaan anda sekarang?apakah impian anda?tuliskan dengan jelas.bilakah anda ingin capai impian anda.buatlah apa yang saya suruh ini.kerana kemungkinan anda baru sahaja sedar yang anda mungkin akan mengalami masalah kewangan suatu masa nanti < < <

penyelesaian yang ingin saya kongsi...
ANDA JANGAN TUNGGU HABIS BELAJAR untuk cari pendapatan.sebagai seorang pelajar, anda juga boleh mencari sumber pendapatan.bukan mustahil!!anda mungkin akan berjaya.!!

SAYA SEDANG MENCARI INDIVIDU YANG SERIUS UNTUK BERJAYA.SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA.SAYA SUDAH BERJAYA MEMILIKI PENDAPATAN 4 ANGKA.HANYA BEKERJA SECARA SAMBILAN.MUDAH DAN ANDA BOLEH BANTU ORANG LAIN JUGA UNTUK BERJAYA.JADI, HUBUNGI SAYA JIKA ANDA INGIN KELUAR DARI ZON SELESA DAN MUNGKIN KE ZON BAHAYA SEKIRANYA ANDA LEKA.

0137731660
Personal Wellness Coach

Wednesday, December 8, 2010

siapa yang perlukan pertolongan??

Malaysia no 6 tergemuk di ASIA
By joegrimjow, on December 9th, 2010

Tahniah pada Malaysia kerana mengurangkan ranking dari no 1 tergemuk di Asia kepada no 6 sekarang. Walaupun ranking itu turun, tapi gaya hidup rakyat Malaysia tidak semestinya semakin sihat. Kalau tengok statistik terbaru, kerajaan runsing dengan 20.7% pelajar di Malaysia adalah overweight pada 2001 dan terbaru 2007 peratusan itu meningkat kepada 26.5%! Nampaknya kena buat sesuatu kepada pelajar U Malaysia ni

Kita kena cadangkan pada kerajaan supaya survey 10 tahun sekali ni dibuat 5 tahun sekali supaya figure tu lagi kena dengan keadaan semasa

PUTRAJAYA, Malaysia, Dec. 8 (Xinhua) -- Malaysia is ranked sixth among Asian countries with high adult obesity rate, according to the World Health Organization (WHO).

Malaysian Health Minister Liow Tiong Lai told a press conference in Malaysia's federal administration center here on Wednesday that the weight of Malaysian students were also on an increasing trend.

While 20.7 percent of Malaysian students were overweight in 2001, Liow said that the National Health and Morbidity Survey 2006 had forecast that the percentage would rise to 26.5 in 2007.

The survey, third of its kind, is done every 10 years in Malaysia, with the first one done in 1986.

Liow said that 60 percent of Malaysians aged 18 and above had a body mass index (BMI) of over 23.

The BMI is a heuristic measure of body weight based on a person 's weight and height. While the range between 23 and 24.9 indicates overweight, a reading above 25 means obese.

Liow said that it was critical for the Malaysian government to tackle the problem as obese individuals encountered higher risks of developing chronical diseases, which would in turn affect the country's productivity.

The minister also pointed out that Malaysians poor eating habits was worrying as their high consumption of fat and meat would lift their body weights, resulting in them developing diseases such as diabetes, heart attack, kidney disease, high cholesterol and high blood pressure.


Malaysia, a multi-racial and multi-cultural country, is famous for its varieties of food.

However, doctors and consumers' associations in the country have reminded that food-stalls operating around the clock in the country indirectly "help" Malaysians cultivate the unhealthy habit of taking supper.

Lack of exercise is also deemed a reason contributing to the high obesity rate of the country.

Liow said his ministry and other relevant agencies would review the National Nutrition Action Plan for 2006 to 2015 to promote healthy lifestyle among Malaysians.

Starting from 2011, the authority would also focus on the nutrition intake of children aged between seven and 12, while educating them the proper eating habits, added Liow.

According to the WHO, 400 million adults worldwide were obese in 2005. If no remedial actions are taken, the number is expected to surge to 700 million in 2015.


SAYA SEBAGAI PERSONAL WELLNESS COACH (HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR) SUDI MEMBANTU ANDA.LOST WEIGHT NOW!!~ KEBANYAKAN PENYAKIT DATANG DARIPADA PEMAKANAN.JAGALAH KESIHATAN ANDA SEKARANG.SEBELUM TERLAMBAT.HIDUP SIHAT AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG!!!!!!

HUBUNGI SAYA SEKARANG 0137731660



Tuesday, December 7, 2010

PENGHIJRAHAN kami

salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, khasnya buat keluarga, sanak saudara dan teman.semoga tahun baru ini akan lebih diisi dengan amalan dan jauhilah kami dari kemurkaanNya.

" PENGHIJRAHAN kami " post kali ini adalah mengenai sambutan maal hijrah dengan aktiviti riadah bersama keluarga.seawal 5.50pagi kami sudah bangun dan mulakan pendakian pada jam 6.50pagi.

LOKASI : BROGA HILL
PENDAKI : ibunda, kak dayah, angah, amira dan saya. (semua perempuan)

ini pendakian pertama ain.walaupun broga hill ni sangat dekat dengan rumah, tapi hari ini baru berpeluang mendaki.sebelum ini ain sudah mendaki 4 jenis gunung.tapi kali ini berbeza sedikit kerana daki bukit bersama KELUARGA!!.

permulaan nampak OK.tapi setelah 2/4 bukit, sesuatu telah berlaku.IBU PITAM!!.mungkin kerana terlalu laju di permulaan.alhamdulillah tiada apa2 yg serius.pada mulanya, ain dah tak kasi ibu teruskan.tapi ibu cakap alang2 dah datang, so, ibu gagahkan diri naik sampai atas.TAHNIAH IBU!!~gembira sangat sampai banyak gambar ibu ain ambil.

alhamdulillah semuanya selamat, walaupun banyak kali ibu jatuh.risau pulak.tapi ibu kata OK.. =) no problem







"PENGHIJRAHAN kami" insyaAllah ingin cuba memajukan diri.dari segi amalan, pelajaran, kewangan dan kesihatan.insyaAllah ain akan cuba bantu ramai lagi orang diluar sana,.jadi sesiapa yang ingin mengubah hidup supaya lebih sihat, cergas, aktif dan pendapatan sampingan, anda hanya perlu beritahu ain.dan ain sudi membantu..

SALAM MAAL HIJRAH

Monday, November 29, 2010

GEN H beriadah!

tempat kejadian : KEM ISI RIMBA, KG KEMENSAH, BERDEKATAN ZOO NEGARA
tarikh kejadian : 27 november 2010 8 pagi - 7.30 malam

julung kali aktiviti seperti ini diadakan.tahniah kepada barisan koordinator program ini.!hampir 50 orang peserta menyertai program ini.pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.antaranya ialah, senaman, jungle tracking, water fall, abseiling, shooting range, menangkap ikan dan membina arca.semangat berpasukan telah ditunjukkan oleh keempat2 kumpulan.program ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim diantara GEN H dari pelbagai kumpulan, bangsa dan agama!

semoga aktiviti seperti ini diteruskan lagi dimasa akan datang....

Monday, November 22, 2010

bila ALLAH menduga KITA

buku ini dikarang oleh SYED ALWI ALATAS, terbitan oleh Must Read Sdn Bhd.

buku ini sangat menarik kerana diselitkan dengan hadis Rasulullah S.A.W, pelbagai kisah benar dan pendapat penulis sendiri yang sangat memdalam dan membuka mata para pembaca untuk menilai diri sendiri.adakah kita tabah dengan dugaan dariNya?atau pun tidak!.

Belajarlah untuk menerima apa jua yang terjadi ke atas diri kita. Jauhkan diri dari rasa sedih atau penyesalan yang berpanjangan kerana semua yang berlaku dalam hidup adalah ketetapanNya dan takdir dariNya. Tidak ada yang perlu dikesalkan dan tidak ada yang perlu dipersoalkan. Kita tidak perlu kecoh dengan apa-apa yang ditetapkanNya ke atas diri kita. Jalani saja apa yang tersedia bagi kita. Kita tidak mampu mengundurkan waktu untuk menghindar dari sesuatu yang sudah terjadi. Keadaan juga tidak menjadi lebih baik dengan mengeluh dan berputus asa. Jadi untuk apa kita melakukan semua itu. Tapi mengapa Allah menetapkan takdir? Mengapa kadang-kadang Allah memberikan dugaan yang berat untuk hamba-hambaNya? Mengapa Allah tidak memberikan yang baik-baik saja untuk kita?mudah-mudahan ini boleh membuka minda kita dan pemahaman kita agar lebih baik dari sebelumnya dan membuat kita mengerti hikmah yang terkandung dalam berbagai tindakanNya ke atas diri kita.

Friday, November 19, 2010

Ibadah Haji : Pesanan Untuk Orang Muda

Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya, ayat ini merujuk kepada arahan Allah kepada nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke tanah suci itu untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah. Nabi Ibrahim terpinga-pinga, dan tertanya-tanya bagaimanakah mampu baginda memanggil manusia datang sedangkan bumi tersebut pada waktu itu adalah bumi yang kering-kontang tanpa berpenghuni.

Allah menjawab, "Engkau serulah, dan biarkan Kami yang menyampaikan seruan tersebut."

Lantas nabi Ibrahim pun berdiri di tempat yang tinggi, dan menyeru sekuat-kuatnya, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menyediakan rumah ibadah untuk kamu, maka tunaikanlah haji ke sini."

Menurut riwayat, bukit-bukau dan gunung-ganang tunduk ketika seruan itu dibuat, sehingga ianya didengar ke seluruh alam. Akhirnya manusia sehinggalah ke hari ini, berduyun-duyun datang ke Makkah setiap musim haji, menyahut seruan Allah melalui nabi Ibrahim, dengan berkata Labbaikallahumma Labbaik.... kami datang wahai Tuhan, kami datang menyahut seruanmu.

Sewajarnya zikir talbiah itu perlu dilaungkan dengan rasa kerdil, insaf dan bersyukur, kerana Allah memilih kita untuk menjadi mereka yang menyahut seruannya itu. Subhanallah.... mustahil manusia yang jernih hatinya tidak rasa tersentuh ketika membaca talbiah ini.

Menunaikan haji juga membawa maksud kita menziarahi rumah ibadat pertama yang telah dibina oleh nabi Adam mengikut beberapa riwayat yang telah dilaporkan oleh Imam al-Tabari di dalam tafsirnya. Ahli sejarah menyatakan yang Ka'bah telah roboh antara 5 hingga 12 kali akibat banjir dan faktor lain. Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang turut terlibat di dalam pembangunan semula Ka'bah.

Rukun dan wajib haji adalah simbolik siaran ulangan terhadap nilai sebuah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail terhadap arahan Allah. Melaksanakannya memerlukan pengorbanan serta ketabahan mental dan fizikal. Pengorbanan itu falsafahnya ialah sebagai neraca keIslaman kita. Lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggi nilai Islam kita di sisi Allah. Dengan sebab itulah apabila Allah menceritakan kesanggupan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail melakukan pengorbanan besar di dalam hidup anak-beranak, maka Allah menggunakan perkataan Aslama di dalamnya, yang daripadanya lahirlah perkataan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Soffat ayat 103:

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami).

Menunaikan Haji Di Waktu Muda

Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menunaikan haji di waktu muda kerana kemurahan hati arwah ayah saya menanggung perbelanjaan haji semasa saya menuntut di Mesir dahulu. Tetapi dalam masa yang sama masih rasa terkilan kerana kesibukan duniawi masih menghambat tanggungjawab saya membawa isteri pergi ke sana. Bilalah agaknya saya boleh berasa kepuasan pergi ke sana dengan pendapatan tangan sendiri serta membawa isteri yang merupakan amanah Allah kepada diri saya.

Saya masih ingat, semasa menunaikan haji dulu, ada perbezaan yang ketara antara jemaah haji Malaysia dengan jemaah haji Indonesia, Turki, Iran dan Pakistan, sekadar memberikan beberapa contoh negara. Majoriti jemaah haji Malaysia agak ketara terdiri daripada pakcik makcik yang sudah berusia tua, melebihi usia pencen, bahkan ada yang sudah berbongkok tiga. Banyak ritual haji yang terpaksa diwakilkan kepada orang lain seperti melontar, sa'ie dan tawaf, lalu tidaklah merasa akan kepuasan atau tepatnya kelazatan membuat haji.

Ringkasnya, jemaah haji Malaysia adalah jemaah yang paling beruntung di dunia kerana mempunyai sistem pengurusan ibadah agung tersebut melalui Lembaga Tabung Haji. Dengan tidak sampai RM10,000, anda boleh berada selama 40 hari di tanah haram, lengkap dengan hidangan makanan yang banyak, penginapan yang terletak beratus-ratus meter sahaja daripada Masjidil Haram dan Masjid Nabi, serta pemandu (mutawwif) haji yang berpengalaman. Anda hanya perlu bayar dengan harga yang murah untuk 'pelancongan' 40 hari, pergi dan mengikut orang sahaja. Itu pun, majoriti yang pergi adalah warga emas.

Berbanding dengan jemaah haji dari Indonesia, dengan pendapatan mereka yang kurang berbanding Malaysia, mereka lebih melihat faktor kemampuan fizikal itu sebagai keutamaan untuk pergi menunaikan haji. Lalu ramai rakyat mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, muda gagah perkasa mengharungi cabaran menunaikan rukun Islam kelima itu. Pakej paling murah untuk mereka menunaikan haji ialah RM15,000. Harga itu tidak termasuk makanan, dan penginapan yang disediakan letaknya lebih kurang 7 kilometer dari Masjidil Haram! Banyak urusan perlu dibuat sendiri.

Bila ditanya bagaimana mereka mampu menyediakan wang sebanyak RM15,000 itu; jumlah yang amat besar di Indonesia, mereka menjawab bahawa ada antara insitusi kewangan di negara itu yang menyediakan pakej bayaran ansuran, atau pinjaman tanpa faedah untuk pakej haji. Ulamak berselisih pandangan terhadap bayaran haji secara ansuran, kebanyakan yang saya baca menyatakan tiada nas larangan. Akan tetapi jumhur ulamak menyatakan orang yang tidak berduit (termasuklah pada pandangan saya mereka yang tidak layak untuk pakej ansuran seperti di Indonesia) sehingga terpaksa berhutang, tidak termasuk daripada golongan yang wajib membuat haji. Akan tetapi sekiranya mereka berhutang juga dengan lunas syara', kewajiban membuat haji ketika mampu akan dianggap sudah terlunas.

Dibenarkan Berlengah Membuat Haji Ketika Mampu, Tetapi Perlu Bersegera Mencari Mampu

Di dalam kitab fiqh, ada perbahasan ulamak mengenai kewajiban membuat haji, adakah ianya perlu disegerakan atau boleh dilambat-lambatkan. Saya ringkaskan pandangan ulamak seperti berikut:

1. Ibn Qudamah daripada Mazhab Hanbali, Imam Malik, Mazhab Zaidiyyah dan satu riwayat daripada Imam Abu Hanifah menyatakan yang haji wajib ditunaikan segera bagi yang mampu. Sekiranya dilewat-lewatkan, maka luputlah pahalanya walaupun terlepas kewajibannya. Hujjah pandangan ini adalah berdasarkan sepotong hadith Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Hakim dan al-Zahabi:ل

"Barangsiapa yang ingin membuat haji, maka bersegeralah."

Hadith di atas menggunakan kata perintah, dan kata perintah membawa maksud perlu bersegera ketika sudah mampu untuk menunaikan haji.

2. Imam al-Shafi'e pula berpandangan yang apabila seseorang itu sudah mampu, dibenarkan dia untuk berlengah atau tidak bersegera melakukannya pada tahun dia mencapai kemampuan tersebut. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada sunnah Rasulullah yang hanya menunaikan haji pada tahun ke-10 hijrah, walaupun baginda dan sahabat-sahabat lain sudah mampu berbuat demikian mulai tahun kelapan hijrah lagi.

3. Adapun pandangan jumhur mazhab Hanafi menyatakan yang semua hujjah berkaitan isu ini, mempunyai hukum galakan bersegera dan dalam masa yang sama turut membenarkan berlengah-berlengah ketika mampu membuat haji, akan tetapi mereka cenderung menyatakan adalah lebih baik dan selamat untuk melaksanakannya dalam kadar yang segera.

Khilaf ini walau bagaimanapun, selalu dimanipulasi sebahagian Muslim. Perlu diperjelaskan yang memang ulamak berbeza pandangan terhadap hukum wajibkah bersegera atau boleh berlengah membuat haji ketika mampu. Akan tetapi semua mereka bersepakat yang mencari kemampuan untuk menunaikan haji adalah sesuatu yang dituntut, kerana Allah mewajibkan kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, dan haji adalah antara kebaikan yang besar dalam kehidupan manusia. Kemampuan membuat haji perlu dicari, bukan ditunggu.

Salah faham ini menyebabkan sebahagian Muslim melengah-lengahkan usaha mencari kemampuan untuk melaksanakan haji, atau menggunakan kemampuan harta dan sihat yang sedia ada ke tempat lain. Maka tidak hairanlah segelintir umat Islam lebih dahulu sampai ke tempat-tempat suci agama lain berbanding ke tempat suci agama sendiri kerana tidak nampak kepentingan perlu bersegera membuat haji ini. Golongan ini sebenarnya terlalai dengan dunia, tidak sedar yang dunia yang Allah pinjamkan kepada mereka perlu diperuntukkan sebahagiannya untuk tambang haji.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana urusan ibadah kita sering dipermudahkan. Dalam konteks ibadah haji, kita mempunyai Lembaga Tabung Haji yang menguruskan ibadah haji kita dengan harga yang amat-amat murah. Cuti membuat haji pun biasanya diberikan dengan gaji penuh. Sekiranya kita mempunyai simpanan sebanyak RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji, maka kita boleh mendaftar untuk membuat haji.

Ada rakan yang memaklumkan giliran terhampir sekiranya mendaftar pada tahun ini (2009), ialah pada tahun 2027; kebiasaannya akan diawalkan. Renungilah, berapa agaknya usia kita semasa itu. Atau, adakah Allah masih mengizinkan kita menghirup nafas lagi pada waktu tersebut. Mendaftar itu tanda niat kita. Sekiranya ditarik nyawa kita sebelum kita naik haji, dalam keadaan tiada siapa boleh mengganti haji kita, sekurang-kurangnya ada jawapan yang boleh diberikan di hadapan mahkamah akhirat kelak.

Saya benar-benar mencadangkan kepada ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyimpan di dalam Tabung Haji sejak kecil lagi. Bagi mahasiswa, terutamanya yang ditaja di luar negara, merancanglah simpanan untuk menunaikan haji. Bagi graduan yang baru masuk alam pekerjaan, jangan terlalu ghairah membelanjakan wang besar untuk membeli simbol kekayaan dan kestabilan, sehingga terlupa menyediakan kemampuan untuk membuat haji.

Adalah cantik sekiranya pasangan yang baru berkahwin, terus menunaikan haji ketika mereka belum mendapat anak lagi. Dan bagi mereka yang masih lalai untuk menyediakan kemampuan membuat haji, jangan lengah-lengah lagi. Marilah menukar budaya membuat haji semasa di usia senja, kepada membuat haji di usia muda. Kesan daripada budaya pergi haji di usia tua itu ialah, ramai yang bersedih apabila menghantar saudaranya menunaikan haji, antaranya kerana merasakan itulah perjalanan terakhir mereka di muka bumi dan bimbang tidak akan berjumpa lagi. Sedangkan kita membuat haji, adalah untuk memenuhi tuntutan Ilahi, bukannya nak pergi mati.

Merancanglah sekarang sementara hayat dikandung badan.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 18, 2010

bingkisan sem ini..

semester ni ain tidak sempat untuk tulis event2 penting yang telah terjadi.sedangkan banyak kisah2 yang ingin dikongsi..jadi tanpa membuang masa.saksikan bingkisan ini!!

~jeng..jeng~

1.MASUK KELAS

sem 5 bermula.subjek sem ni ade 6!sila baca semula..ada 6!bagi ain ini dah cukup banyak.sebab sebelum ni paling banyak pun 5.fuh!mcm mane nak hadapi ni?

kawan2, still ingat x kelas 1st kite masuk? class insurance.lecturer kite dr.oswald..wah!sungguh garang ek die time 1st clas.cuak betul ain time tu.tapi kelas kedua..ketiga..dan seterusnya, die ok je! so cool.sangat best belajar ngan die.subjek lain, ok je lecturernya..cume ade la skit2 masalah nye.tapi x de lah sampai masalah besar.

2.SUPERVISOR ACADEMY

ponteng kelas!hehe takut jugak sebenarnya nak ponteng2 kelas ni..sebab takut lect byk tanya. n mane la tau if ade kuiz mengejut ke. alamtnya kosong lah markah ain..

ok, SUPERVISOR ACADEMY, asia tenggara.yg diadakan di bali.22-24julai 2010. wah!!pengalaman yang sangat x dpt dilupakan.dah la 1st time naik kapal terbang.xcited sangat.gerun pun ade.trip kali ni ain pegi ngan uwais (my business partner), mummy uwais.. n team herbalife yg lain.training yang sangat unbelivable.amazing speaker.sangat cantik laut kat bali.rase mcm nak tinggal sana.lawat banyak tempat.tapi x shoping sangat pun.sbb x de yg menarik hati..tapi ade lah skit buah tangan untuk teman2..n family!! alhamdulillah semuanya selamat..



3.SUPRO

sukan program.! jumaat perasmian.sabtu dh start game.tapi kitorg yg part 5 ni ade modul.ahad plak ain x de. sbb pegi SUCCESS TRAINING SEMINAR (STS) herbalife. kat times square.kali ni kami bawa 1 bas ke sana! hidup herbalife uitm johor!!!!!. hehe

so gambar pun x banyak.ain ada time perasmian je lah.




4.JEJAK SINAR RAMADHAN

terima kasih buat teman2 NADIIA yang telah memberi peluang untuk ain join aktiviti korang.alhamdulillah sangat seronok.x sangka aktiviti yang hampir 1 hari ni telah memberi seribu satu erti buat ain.

perjalanan dimulakan pada pukul 10malam.berkumpul di admin.untuk bertolak ke rumah anak2 yatim BARKAT di JB.tiba disana pada pukul 3 pagi.memulakan tugasan dengan membantu menyediakan juadah untuk bersahur.tepat jam 5, kami bersahur brsama2 mereka.alangkah bersyukurnya, kerana masih memiliki ibu bapa yang dicintai.kerana kat sana ain dapat lihat semangat yang kuat oleh adik2 yang telah kehilangan ibu, bapa dan mungkin kedua2nya sekali.

aktiviti kami diteruskan dengan bertolak ke batu pahat.ain lupa pulak ape nama masjid tu.disana kami membuat pelbagai aktiviti.gotong-royong, penyampaian sumbangan kepada keluarga yang memerlukan, masak bubur lambuk serta juadah berbuka dan solat terawih bersama2.time kat masjid tu, ain belajar banyak benda.jelas kelihatan semangat kerjasama diantara pelajar dan jawatankuasa masjid kampung tersebut.

aktiviti ini merupakan kolaborasi NADIIA dan MPP UiTM johor.semua yang terlibat dalam aktiviti ni telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.ain berasa bertuah sebab dapat join mereka. semoga ramadhan akan datang lebih bermakna dan diisi dengan aktiviti seperti ini.




5.BERBUKA PUASA D5C1

seronok jugak dapat berbuka puasa bersama.kire kami sambut 3 benda dalam 1 hari. 1st, berbuka. 2nd, merdeka. 3rd, besday intan, edurra n kawan2 yg lahir bulan 8. seronok ramai2 naik van pegi kedai makan tu.lauk pun sedap.lepas tu pegi giant ramai2.hehe..tunggu mak cik van sampai dah mengantuk.!masuk u buat muke selamba..tapi x pe..memang bulan puasa, makin ramai yang masuk lambat.dengan alasan, berbuka puasa diluar..erm, bleh terima ke x alasan tu ek?



6.SALAM LEBARAN D5C1

kenangan ini memang x dapat dilupakan. terima kasih pada master mind! iaitu FARAH AIN.kamu memang terbaik! buat julung kalinya, pelajar membuat open house.agak jarang didengari.sebab selalunya pensyarah yang akan buat open house dan anak murid yang jadi tukang makan.tapi tahun ini kami membawa konsep berlainan.kami membuat rumah terbuka ini secara gotong-royong.masak bersama dan dibantu oleh mak cik FARAH.menu utama adalah nasi impit, rendang, lontong dan mihun sup.juadah sampingan seperti kek batik, kek coklat, buah2an dan kuih raya.ramai pensyarah yang kami hubungi terkejut dan x sangka yang kami ingin membuat rumah terbuka.agak pelik bukan! bermula jam 12.30 tgh hari sehingga 6 petang. Miss wan asnah, miss wan, mis juliana, ustaz saufi, ustaz nawawi dan puan saliza diantara pensyarah yang hadir.kami sangat gembira kerana berjaya mengadakan majlis seperti ini.tidak lupa juga kawan2 dari kos lain pun turut hadir.



7.TRIP BURSA

sebagai pelajar dalam jurusan analisis pelaburan tidak lengkap sekiranya kami tidak melawati BURSA MALAYSIA yang terletak di jalan raja chulan, kuala Lumpur.dua kelas bergabung untuk trip kali ini.bertolak pada awal pagi.trip dimulakan dengan melawati salah satu egen insurance yang terletak di bangsar.disana kami mendengar penerangan mengenai produk mereka.dan ain sempat mengunjungi pejabat mereka ditingkat atas.dan sempat bertemu dengan ADI (BUDAK PINTAR MATEMATIK).ketika itu ain bersama FARAH AIN curi-curi untuk ke pejabat ini.dan sempat bertentang mata dengan beliau.! sanggat kagum dengannya.trip diteruskan ke BURSA MALAYSIA.mendengar ceramah dan melawati kawasan sekitar bursa.sebelum pulang kami menjamu selera di R&R seremban.tamat~



8.PRESENTATION ENT 300

setelah berhempas pulas untuk menyiapkan business proposal ini, kami perlu mengahadapi sesi yang mendebarkan.iaitu pembentangan di depan panel.setelah membuat perbincangan yang rapi, kami mulakan pembentangan mengikut bahagian masing2.dimulakan dengan INTAN sebagai admin manager, SAJRAH sebagai marketing manager, KHAIRUNNISSA sebagai operation manager dan akhir sekali, AIN sebagai financial manager.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.walaupun ada sedikit kesilapan tetapi keseluruhannya kami berjaya buat yang terbaik.dan alhamdulillah kami adalah kumpulan yang mendapat markah tertinggi untuk pembentangan dan business proposal. CRISPY CRISP ENTERPRISE !



9.KARNIVAL SUKAN EKSTREM

setelah sekian lama aktiviti ini dirancang, akhirnya tibalah masanya! 8-10 oct 2010 terlaksana sudah karnival sukan ekstrem ini.dengan penganjuran yang melibatkan hampir seluruh warga uitm segamat dan bantuan dana telah dihulur oleh kementerian pengajian tinggi bahagian unit sukan.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.diantara pertandingan yang dianjurkan adalah, MTB Jamboree Race, Treasure Hunt dan Paintball.aktiviti sampingan adalah seperti wall climbing, memanah, abseiling, karaoke dan tayangan movie.karnival ini adalah hasil usahasama MSP dan MPP UiTM Johor.terima kasih diatas kerjasama jawatankuasa induk dan pelaksana!!



10.STUDY WEEK

nama pun "study week" so mestilah hari2 bukak buku..belajar..hehe yeke ain?? erm tapi yg peliknya ain nih,,time study week lah ain bantai tgk muvie.layan cite korea.sampai kawan pun pelik.mybe sbb ain x nak asik blaja je kot.kene la hiburkan hati sikit2.. ingat tu..sikit je!!! kalo terlebih, diri sendiri la yg naya.

study week berat badan bertambah! sebab asik rasa lapar je.if ade kelas, masa padat skit.lapar pun jarang.tapi time x de kelas, masa pun macam panjang,, lapar lah jadinya..

11.FINAL

jadual exam kali ni tersangatlah mencabar.sebab, kami lah pembuka soalan terhormat dan kamilah penutup pagar terhormat.! 25 oct sehingga 14 nov.pergh!hampir sebulan bergelumang ngan buku.

FIN 344 - rase cam x puas.sbb ain x confident dengan jawapan
MGT 342 - ok.tapi ada beberapa soklan mcm x cukup explaination
ENT 300 - terbaik!walaupun x de jarak ngn HR.tapi ENT ni ain rase lagi ok dr HR
INS 312 - hadapi dengan tabah kerana jawab exam dengan suhu badan yang tinggi.x selesa.hujan pulak tu.lagi x selesa.
FIN 320 - terbaik!paper paling ain suke.sebab gian.dah nak last2 baru dapat pegang calculator.
FIN 327 - wah!sangat gembira.sebab almost semua soklan perlu tekan calculator.sangat mudah bagiku

syukur.tamat exam dengan hati yang lapang.usaha sudah.sekarang perlu tawakal dan berdoa.agar keputusan nanti,harap dapat menggembirakan hati banyak pihak.

TAMATLAH KISAH SEMESTER 5
"thank you Allah"

pengorbanan

salam aidiladha buat semua..

setiap orang ada pendapat sendiri untuk merungkai perkataan 'korban' yang disebalik perkataan itu sebenarnya ada kisah yang tersendiri.begitu taat hamba Allah iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya.permintaan yang memerlukan penorbanan.

untuk berjaya, kita juga perlu berkorban.! masa,tenaga,wang ringgit .kerana untuk menuntut ilmu, kita perlukan semua itu.alhamdulillah,aku bersyukur kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran di uitm segamat.syukur dapat berkenalan dengan sahabat yang sering memanduku menuju kejayaan.semester ini kami telah diuji dengan pelbagai masalah.ada yang kecil.ada yang besar.sebab itulah saya katakan, kejayaan itu perlukan pengorbanan.selesaikan masalah2 itu dengan pelbagai cara.sanggup bersengkang mata untuk menyambut tetamu.sanggup tidak pulang ke rumah, semata-mata untuk belajar..sanggup membelanjakan duit untuk membeli kelengkapan.dengan harapan agar segala pengorbanan yang kita lakukan,diredhai Allah.

Ya Allah..berilah kejayaan kepada kami.sekiranya kami layak memilikinya.jauhkanlah kami dari perasaan mazmumah sekiranya kami beroleh kejayaan.dan kami juga bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan.

buat teman2ku,aku tahu kamu semua telah berusaha bersungguh2..dan aku berdoa agar kamu semua berjaya di dunia dan diakhirat.buat teman2ku, terima kasih yang x terhingga kerana telah mengajarku, membimbingku, menegurku, menggembirakanku, melayaniku, dan macam2 lagi.alhamdulillah..kupanjatkan syukur.

SAMBUTAN AIDILADHA DI KAMPUNG

seekor lembu telah dikorban di surau berhampiran kg ain di hulu langat.kali ini giliran keluarga kami untuk menjalankan ibadah korban ini.dengan bantuan penduduk kampung,lembu itu telah selamat dikorbankan dalam masa yang singkat.bermula dari 10pagi sehingga 12 tgh hari.

Saturday, June 26, 2010

senarai kalori makanan

makan=perkara wajib yang selalu kita buat...tapi adakah kita tau berapa bilangan kalori dalam setiap makanan yang diambil.di bawah ini adalah senarai kalori (mungkin berbeza dari segi kuantiti, jadi ini merupakan average kalori makanan)

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori

5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

6. Popia basah (satu) = 95 kalori

7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

9. Karipap (sebiji) = 130 kalori

10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori

4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori

10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori

3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori

11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori

14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori

3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

5. Burger keju (satu) = 425 kalori

6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori

2. Betik (sepotong) = 45 kalori

3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

4. Durian (5 ulas) = 64 kalori

5. Limau (sebiji) = 42 kalori

6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

7. Nenas (sepotong) = 59 kalori

8. Epal (sebiji) = 63 kalori

9. Ciku (sebiji) = 44 kalori

10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal

2.minuman kotak 250g - 105 kal

3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal

4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal

5.aiskrim 2 skop- 390 kal

6.susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal

7.yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal

8.mentega 2 sudu teh - 75 kal

9.keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories

1tbsp santan low fat 9- 15 calories

1tbsp santan biasa 30-50 calories


1/2 cup sayur 20-30 calories

1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories

1 keping roti less 100

1 potato n banana less 100


100g seafood - 100 calories

100g fish - 120-150

100g chicken 130-150

100 g red meat 150


1tbsp sos2 ..
20-40

french fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal
hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal

mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal

Big Mac - 1 570Kcal

Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)


Tinggi/High (401 -600 kcal)

Mi bandung/Bandung noodles

Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung

Mi kari/Curry mee

Nasi dagang/Nasi dagang

Mi hoon bandung/Mee hoon bandung

Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only

Nasi minyak/Oily rice


Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)

Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup

Roti telur/Roti telur

Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau

Roti canai/Roti canal

Capati/Capati

Mi hoon goreng/Fried mee hoon

Mi goreng/Fried mee

Nasi ayam/Chicken rice

Rawadosai/Rawadosai

Putu bambu/Putu bambu

Dosai/Dosai


Rendah / Low (0- 100 kcal)

Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam



OTHER TRADITIONAL KUIH


Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)

Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu

Papadam/Papadam


Tinggi / High (151 - 300 kcal)

Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil

Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang

Kuih kasturi/Kuih kasturi

Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu


Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung

Popia/Popia

Puding jagung/Puding jagung

Kuih kacang/Kuih kacang

Putu kacang/Putu kacang

Cucur badak/Cucur badak

Emping/Emping


Rendah / Low (0-50 kcal)

Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit



TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)


SangatTinggi / Very high (>300 kcal)

Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)


Tinggi / High (151-300 kcal)

Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran

Kuih bom/Kuih bom

Kuih sri muka/Kuih sri muka

Bingka tepung beras/Bingka tepung beras

Pulut panggang/Pulut panggang

Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice

Kuih kasui/Kuih kasui

Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice


Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis

Kuih lompang/Kuih lompang

Rempeyek/Rempeyek

Kuih bakul/Kuih bakul

Dodol/Dodol

Wajik/Wajik


Rendah / Low (0 - 50 kcal)

Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka

Kuih buah rotan/Kuih buah rotan



TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)


Tinggi / High (151 - 300 kcal)

Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik

DonatlDougtinut

Ham-chi-peng/Ham-chi-peng

Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling

Kuih pau ayaml Chicken dumpling

KesarilKesarl

Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus


Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang

Kuih ketayap/Kuih ketayap

Karipap/Curry puff

Kuih keria/Kuih keria

Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing

Kuih apam/Kuih apam


Rendah / Low(0 - 50 kcal)

Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai

Kuih tat nenas/Pineapple tart

Kuih bawang/Kuih bawang

Kuih kapit/Kuih kapit