semester ni ain tidak sempat untuk tulis event2 penting yang telah terjadi.sedangkan banyak kisah2 yang ingin dikongsi..jadi tanpa membuang masa.saksikan bingkisan ini!!
~jeng..jeng~
1.MASUK KELAS
sem 5 bermula.subjek sem ni ade 6!sila baca semula..ada 6!bagi ain ini dah cukup banyak.sebab sebelum ni paling banyak pun 5.fuh!mcm mane nak hadapi ni?
kawan2, still ingat x kelas 1st kite masuk? class insurance.lecturer kite dr.oswald..wah!sungguh garang ek die time 1st clas.cuak betul ain time tu.tapi kelas kedua..ketiga..dan seterusnya, die ok je! so cool.sangat best belajar ngan die.subjek lain, ok je lecturernya..cume ade la skit2 masalah nye.tapi x de lah sampai masalah besar.
2.SUPERVISOR ACADEMY
ponteng kelas!hehe takut jugak sebenarnya nak ponteng2 kelas ni..sebab takut lect byk tanya. n mane la tau if ade kuiz mengejut ke. alamtnya kosong lah markah ain..
ok, SUPERVISOR ACADEMY, asia tenggara.yg diadakan di bali.22-24julai 2010. wah!!pengalaman yang sangat x dpt dilupakan.dah la 1st time naik kapal terbang.xcited sangat.gerun pun ade.trip kali ni ain pegi ngan uwais (my business partner), mummy uwais.. n team herbalife yg lain.training yang sangat unbelivable.amazing speaker.sangat cantik laut kat bali.rase mcm nak tinggal sana.lawat banyak tempat.tapi x shoping sangat pun.sbb x de yg menarik hati..tapi ade lah skit buah tangan untuk teman2..n family!! alhamdulillah semuanya selamat..
3.SUPRO
sukan program.! jumaat perasmian.sabtu dh start game.tapi kitorg yg part 5 ni ade modul.ahad plak ain x de. sbb pegi SUCCESS TRAINING SEMINAR (STS) herbalife. kat times square.kali ni kami bawa 1 bas ke sana! hidup herbalife uitm johor!!!!!. hehe
so gambar pun x banyak.ain ada time perasmian je lah.
4.JEJAK SINAR RAMADHAN
terima kasih buat teman2 NADIIA yang telah memberi peluang untuk ain join aktiviti korang.alhamdulillah sangat seronok.x sangka aktiviti yang hampir 1 hari ni telah memberi seribu satu erti buat ain.
perjalanan dimulakan pada pukul 10malam.berkumpul di admin.untuk bertolak ke rumah anak2 yatim BARKAT di JB.tiba disana pada pukul 3 pagi.memulakan tugasan dengan membantu menyediakan juadah untuk bersahur.tepat jam 5, kami bersahur brsama2 mereka.alangkah bersyukurnya, kerana masih memiliki ibu bapa yang dicintai.kerana kat sana ain dapat lihat semangat yang kuat oleh adik2 yang telah kehilangan ibu, bapa dan mungkin kedua2nya sekali.
aktiviti kami diteruskan dengan bertolak ke batu pahat.ain lupa pulak ape nama masjid tu.disana kami membuat pelbagai aktiviti.gotong-royong, penyampaian sumbangan kepada keluarga yang memerlukan, masak bubur lambuk serta juadah berbuka dan solat terawih bersama2.time kat masjid tu, ain belajar banyak benda.jelas kelihatan semangat kerjasama diantara pelajar dan jawatankuasa masjid kampung tersebut.
aktiviti ini merupakan kolaborasi NADIIA dan MPP UiTM johor.semua yang terlibat dalam aktiviti ni telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.ain berasa bertuah sebab dapat join mereka. semoga ramadhan akan datang lebih bermakna dan diisi dengan aktiviti seperti ini.
5.BERBUKA PUASA D5C1
seronok jugak dapat berbuka puasa bersama.kire kami sambut 3 benda dalam 1 hari. 1st, berbuka. 2nd, merdeka. 3rd, besday intan, edurra n kawan2 yg lahir bulan 8. seronok ramai2 naik van pegi kedai makan tu.lauk pun sedap.lepas tu pegi giant ramai2.hehe..tunggu mak cik van sampai dah mengantuk.!masuk u buat muke selamba..tapi x pe..memang bulan puasa, makin ramai yang masuk lambat.dengan alasan, berbuka puasa diluar..erm, bleh terima ke x alasan tu ek?
6.SALAM LEBARAN D5C1
kenangan ini memang x dapat dilupakan. terima kasih pada master mind! iaitu FARAH AIN.kamu memang terbaik! buat julung kalinya, pelajar membuat open house.agak jarang didengari.sebab selalunya pensyarah yang akan buat open house dan anak murid yang jadi tukang makan.tapi tahun ini kami membawa konsep berlainan.kami membuat rumah terbuka ini secara gotong-royong.masak bersama dan dibantu oleh mak cik FARAH.menu utama adalah nasi impit, rendang, lontong dan mihun sup.juadah sampingan seperti kek batik, kek coklat, buah2an dan kuih raya.ramai pensyarah yang kami hubungi terkejut dan x sangka yang kami ingin membuat rumah terbuka.agak pelik bukan! bermula jam 12.30 tgh hari sehingga 6 petang. Miss wan asnah, miss wan, mis juliana, ustaz saufi, ustaz nawawi dan puan saliza diantara pensyarah yang hadir.kami sangat gembira kerana berjaya mengadakan majlis seperti ini.tidak lupa juga kawan2 dari kos lain pun turut hadir.
7.TRIP BURSA
sebagai pelajar dalam jurusan analisis pelaburan tidak lengkap sekiranya kami tidak melawati BURSA MALAYSIA yang terletak di jalan raja chulan, kuala Lumpur.dua kelas bergabung untuk trip kali ini.bertolak pada awal pagi.trip dimulakan dengan melawati salah satu egen insurance yang terletak di bangsar.disana kami mendengar penerangan mengenai produk mereka.dan ain sempat mengunjungi pejabat mereka ditingkat atas.dan sempat bertemu dengan ADI (BUDAK PINTAR MATEMATIK).ketika itu ain bersama FARAH AIN curi-curi untuk ke pejabat ini.dan sempat bertentang mata dengan beliau.! sanggat kagum dengannya.trip diteruskan ke BURSA MALAYSIA.mendengar ceramah dan melawati kawasan sekitar bursa.sebelum pulang kami menjamu selera di R&R seremban.tamat~
8.PRESENTATION ENT 300
setelah berhempas pulas untuk menyiapkan business proposal ini, kami perlu mengahadapi sesi yang mendebarkan.iaitu pembentangan di depan panel.setelah membuat perbincangan yang rapi, kami mulakan pembentangan mengikut bahagian masing2.dimulakan dengan INTAN sebagai admin manager, SAJRAH sebagai marketing manager, KHAIRUNNISSA sebagai operation manager dan akhir sekali, AIN sebagai financial manager.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.walaupun ada sedikit kesilapan tetapi keseluruhannya kami berjaya buat yang terbaik.dan alhamdulillah kami adalah kumpulan yang mendapat markah tertinggi untuk pembentangan dan business proposal. CRISPY CRISP ENTERPRISE !
9.KARNIVAL SUKAN EKSTREM
setelah sekian lama aktiviti ini dirancang, akhirnya tibalah masanya! 8-10 oct 2010 terlaksana sudah karnival sukan ekstrem ini.dengan penganjuran yang melibatkan hampir seluruh warga uitm segamat dan bantuan dana telah dihulur oleh kementerian pengajian tinggi bahagian unit sukan.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.diantara pertandingan yang dianjurkan adalah, MTB Jamboree Race, Treasure Hunt dan Paintball.aktiviti sampingan adalah seperti wall climbing, memanah, abseiling, karaoke dan tayangan movie.karnival ini adalah hasil usahasama MSP dan MPP UiTM Johor.terima kasih diatas kerjasama jawatankuasa induk dan pelaksana!!
10.STUDY WEEK
nama pun "study week" so mestilah hari2 bukak buku..belajar..hehe yeke ain?? erm tapi yg peliknya ain nih,,time study week lah ain bantai tgk muvie.layan cite korea.sampai kawan pun pelik.mybe sbb ain x nak asik blaja je kot.kene la hiburkan hati sikit2.. ingat tu..sikit je!!! kalo terlebih, diri sendiri la yg naya.
study week berat badan bertambah! sebab asik rasa lapar je.if ade kelas, masa padat skit.lapar pun jarang.tapi time x de kelas, masa pun macam panjang,, lapar lah jadinya..
11.FINAL
jadual exam kali ni tersangatlah mencabar.sebab, kami lah pembuka soalan terhormat dan kamilah penutup pagar terhormat.! 25 oct sehingga 14 nov.pergh!hampir sebulan bergelumang ngan buku.
FIN 344 - rase cam x puas.sbb ain x confident dengan jawapan
MGT 342 - ok.tapi ada beberapa soklan mcm x cukup explaination
ENT 300 - terbaik!walaupun x de jarak ngn HR.tapi ENT ni ain rase lagi ok dr HR
INS 312 - hadapi dengan tabah kerana jawab exam dengan suhu badan yang tinggi.x selesa.hujan pulak tu.lagi x selesa.
FIN 320 - terbaik!paper paling ain suke.sebab gian.dah nak last2 baru dapat pegang calculator.
FIN 327 - wah!sangat gembira.sebab almost semua soklan perlu tekan calculator.sangat mudah bagiku
syukur.tamat exam dengan hati yang lapang.usaha sudah.sekarang perlu tawakal dan berdoa.agar keputusan nanti,harap dapat menggembirakan hati banyak pihak.
TAMATLAH KISAH SEMESTER 5
"thank you Allah"
No comments:
Post a Comment