Thursday, November 18, 2010

pengorbanan

salam aidiladha buat semua..

setiap orang ada pendapat sendiri untuk merungkai perkataan 'korban' yang disebalik perkataan itu sebenarnya ada kisah yang tersendiri.begitu taat hamba Allah iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya.permintaan yang memerlukan penorbanan.

untuk berjaya, kita juga perlu berkorban.! masa,tenaga,wang ringgit .kerana untuk menuntut ilmu, kita perlukan semua itu.alhamdulillah,aku bersyukur kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran di uitm segamat.syukur dapat berkenalan dengan sahabat yang sering memanduku menuju kejayaan.semester ini kami telah diuji dengan pelbagai masalah.ada yang kecil.ada yang besar.sebab itulah saya katakan, kejayaan itu perlukan pengorbanan.selesaikan masalah2 itu dengan pelbagai cara.sanggup bersengkang mata untuk menyambut tetamu.sanggup tidak pulang ke rumah, semata-mata untuk belajar..sanggup membelanjakan duit untuk membeli kelengkapan.dengan harapan agar segala pengorbanan yang kita lakukan,diredhai Allah.

Ya Allah..berilah kejayaan kepada kami.sekiranya kami layak memilikinya.jauhkanlah kami dari perasaan mazmumah sekiranya kami beroleh kejayaan.dan kami juga bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan.

buat teman2ku,aku tahu kamu semua telah berusaha bersungguh2..dan aku berdoa agar kamu semua berjaya di dunia dan diakhirat.buat teman2ku, terima kasih yang x terhingga kerana telah mengajarku, membimbingku, menegurku, menggembirakanku, melayaniku, dan macam2 lagi.alhamdulillah..kupanjatkan syukur.

SAMBUTAN AIDILADHA DI KAMPUNG

seekor lembu telah dikorban di surau berhampiran kg ain di hulu langat.kali ini giliran keluarga kami untuk menjalankan ibadah korban ini.dengan bantuan penduduk kampung,lembu itu telah selamat dikorbankan dalam masa yang singkat.bermula dari 10pagi sehingga 12 tgh hari.

No comments: