Tuesday, September 1, 2009

nahas 31 ogos 2009


Kereta api tergelincir, lima parah


JOHOR BAHRU - Lima cedera parah sementara 12 lagi mengalami cedera ringan apabila enam daripada sembilan gerabak Kereta Api Ekspres Sinaran Pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat di sini semalam. Menurut sumber, tiga mangsa yang parah merupakan rakyat Singapura, manakala dua lagi rakyat tempatan. Kesemua mereka yang parah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Gemas, sebelum dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Penumpang yang cedera ringan diberi rawatan segera di Stesen Batu Anam. Sementara itu, kesemua penumpang yang selamat telah dihantar ke destinasi masing-masing menggunakan lima bas yang disewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam pada itu, menurut Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu, kereta api berkenaan membawa lebih daripada 250 penumpang. “Empat daripada enam gerabak yang tergelincir adalah gerabak penumpang, manakala dua lagi gerabak kafeteria dan penjana kuasa elektrik,” katanya. Seorang saksi yang juga penumpang yang enggan dikenali memberitahu, sejurus sebelum kejadian, dia berasa kereta api berkenaan bergerak agak laju sebelum bergoyang dan terbalik.
"saya bersyukur kepada Allah kerana saya tergerak hati untuk tidak membeli tiket pulang ke segamat pada waktu pagi..saya pulang ke sagamat pada waktu petang..dan ketika berada di dalam train saya berasa sangat takut..sehingga saya tidak dapat tidur dengan lena.saya sudah mengetahui mengenai kejadian ini ketika saya baru sahaja menaiki train ini.saya dapt berita ini dari junior wing saya yang juga merupakan mangsa yg terlibat dalam nahas ini..beliau turut menceritakan keadaan ketika train itu tergelincir. beliau mendapat kecederaan ringan di tangan kanan dan badan nya terhantuk dengan kuat di kerusi ketika beliau cuba salamatkan diri.alhamdulillah tiada kesan yg teruk berlaku.saya berharap pihak KTMB mengambil tindakan mengenai hal ini. kerana saya merupakan pemumpang setia KTMB.
tiket balik raye pun dah beli!!~"

2 comments:

Lili-Fantasi said...

kesimpulannye...
jgn naik train!
naik la kereta api...
hahahhaha

NuRuL AiN said...

ade jugak yg nak kene ngan aku nih...!!~