Friday, September 18, 2009

dari segamat ke semenyih


tgk pic jer lah yer...


erm waktu nih....ktorg dengn rase malas yang terlampau,,.nak pegi klas MGT300.. malas sbb tgk budak2 uitm nih hampir spruh campus dh balik umah tuk raye... kitorg masih setia pegi kelas...tapi, syukur gile pegi klas..sebab miss nurhuda amik markah tuk project "personal website"..sape yg x antr,,dpt kosong!!!!... so,alhamdulillah...ktorg yg dtg nih..dpt lah jugak hasil..huhu..

muke2 yg x balik lagi...hehe


erm tiket ak pukul 2 pagi hari jumaat...kitorg 7 org naik 1 gerabak n ade 7org lagi naik gerabak sebelah..ktrg gerk ke train kul 11 mlm..naik van..dalam kul 1pg kami ramai2 makan kat gerai yg ade kat stesen train tuh,.. tapi!!!~ ade sesuatu slot drama telah berlaku..diantara pekerja2 gerai tuh,..kitorg yg tgk nih,.tergelak sakan..hehe lawak2...ade ke patut mak cik tu marah pekerja laki dengan suara yg sangt kuat...uish2!!! ingatkan bom atom meletus! hehe kitorg yg dengar nih,..mmg terkejut ar..x patut kan?


mengisi masa lapang dengan membaca...!! amalan membaca!! =)


khusyuk si awin mwmbaca,..


ain selamat sampai kat ktm kajang tepat jam 6.30pg..ayah yg jmput kt kjg... tapi kesian kat intan n kengkwn yg lain...sebab sampai kat kl sentral lambat..mst diorg penat kan...
erm pape pun..ain nak wish

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 14, 2009

buka puasa bersama JSP

11/09/09
restoran al-arshad

bile bulan ramadhan,,,asik buat blog pasal berbuka jer kan??? buka kat restoran lah..kat masjidlah..kat bilik lah...mcm2... erm hari jumaat last week, ain berbuka bersama JSP.. jawatankuasa sukan pelajar,,. ain, intan, alba, mel n yaya datang lambat...sebab ain n yaya ade ko bomba n ko jpa... kirenye azan maghrb dh berkumandang dlm kete..tapi kami belum berbuka..hehe..
lepas makan, kami ade acara potong kek.. untuk semua yg besday nye bulan 9..
kebetulan pulak 12/9/09 keesokannye, besday faza.. semalam nye plak 10/09/09
besday kak fatin..

erm best sngt kek nih..

sebab besar

puas makan... kak effa (ydp jsp) beli 2 kilo punye...uish...





Wednesday, September 9, 2009

kenapa???

kenapa ye ade orang yang berpuasa tapi tidak menunaikan solat???????????


pasti ramai yang pernah terpikir akan persoalan ini. ia memang benar. dan banyak berlaku. disekeliling saya dan mungkin juga disekeliling anda semua.... kenapa ye mereka berpuasa?? jawapannya mestilah kerana puasa itu wajib... tapi, persoalannye.. SOLAT x wajib ker?? jadi...kalau mereka tau yang berpuasa itu wajib,,,sepatutnya mereka juga tau bahawa solat itu wajib..bukan kah solat itu kite perlu melalukannya setiap hari..tetapi puasa itu hanya dilakukan sebulan dalam setahun..(tidak termasuk puasa2 sunat)... jadi, persoalan ini sepatutnya tidak wujud dikalangan umat islam..


persoalan: ko puase x?? kenapa persoalan seperti ini sahaja yang sering di tanya??? kenapa tiada persoalan seperti ini : ko dh solat??..bukan kah solat merupakan amalan yang paling diutamakan utk setiap hari bagi umat islam??


saya menyeru diri saya sendiri dan rakan seblog, agar renungkan lah dalam diri...yang wajib mmg jelas kewajipannya..semoga kita bersama2 brusaha untuk menambhkan keimanan kita kepada Allah.SWT...

AMIN..

CANTIK!!~

cantik??? hehe bukan nye ade pape pun...just ain nak cakap yg hari nih tarikh yg cantik..
09/09/09...wow!!~ hari nie besday mashitah nur. my fren from maahad hamidiah..ain x penah lupe nak wish besday die..sebab sin sangat suke tarikh nih..n paling cantik bile jatuh pade tahun nie..2009..
mashi..
happy birthday..smoga panjang umo
murah rezeki..
ceria selalu..
i luv u fren...
miss you..

Wednesday, September 2, 2009

tolong!!!~ TOLONG!!~

bulan julai dulu ain ade aply tuk biasiswa jpa..TAPI



NIE essay yang ain dah buat..tapi nak mintak tolong korang komen or bagi cadangan,,, PLZ HELP ME...

Prinsip hidup saya ialah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Maksudnya, sekiranya kita mahukan sesuatu seperti kejayaan, kita perlulah berusaha untuk memilikinya, kerana tiada benda yang datang bergolek. Harapan saya amat tinggi untuk memperoleh biasiswa tajaan JPA ini. Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya.

Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik-beradik, berasal dari keluarga yang sederhana. Ayah saya seorang bekas pekerja dari sektor swasta dan sekarang beliau tidak memiliki sebarang hasil pendapatan, manakala emak saya pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Dua orang kakak saya pula, masing-masing juga bekerja di sektor swasta dan memperoleh gaji kurang dari RM 1000. Mereka tidak dapat membantu keluarga saya dari segi kewangan kerana masing-masing tinggal di rumah sewa yang terletak di Kuala Lumpur, seperti yang kita tahu, Kuala Lumpur merupakan bandar yang tinggi kos sara dirinya. Manakala dua orang adik saya masih bersekolah di peringkat menengah. Disebabkan ayah saya tidak mempunyai pencen bulanan, maka saya tergerak hati untuk memohon biasiswa tajaan JPA ini kerana saya ingin membantu meringankan beban kedua ibu bapa saya dan untuk memastikan saya dapat menyambung pembelajaran saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. InsyaAllah. Saya berkata sedemikian kerana kedua-dua orang kakak saya tidak dapat melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat ijazah kerana disebabkan kekangan wang ringgit.


Sekarang saya belajar dalam semester tiga jurusan diploma analisis pelaburan dan saya telah merancang untuk bertukar jurusan di peringkat ijazah kelak, iaitu dalam jurusan sains aktuari. Saya merancang sedemikian kerana minat saya lebih kepada jurusan itu dan saya berharap JPA dapat menaja pembelajaran saya kelak. Impian saya adalah untuk membuka pusat tuisyen sendiri kerana saya sangat suka mengajar dan saya memiliki cara pengajaran saya yang tersendiri oleh sebab itulah saya ingin membuka pusat tuisyen. Saya berharap agar saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang pelajar yang ditaja oleh JPA.

SEKIAN TERIMA KASIH

selamat ulang tahun sayang


happy birthday intan!!!
awin dan saliha


tadi pukul 9 lebih kitorg bdak2 investment sektor B sambut besday intan..tapi combine skali ngn besday saliha and sharwin..sbb dulu x sempat nak celebrate..ain terharu sangat sebb ramai yg datang..thanks fren..

mule2, sal ngn intan kene tipu ngn ain..hehe ain lah kepala bende nih snarnye..n then stlh kene tipu hampir 15 minit,..ain pun bwk diorg ke destinasi..

and then...

jeng..jeng..jeng

pop!!!!pop!!!pop!!!
(bunyi bende yg kite main tarik2 tuk smbut besday..ain pun x tau pe name bende tuh..hehe)
maka..berkumandanglah

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRHTDAY TO INTAN AND SALEHA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

kek perisa cuppucino


sweet 19th girls!!
ain sebenrnye terkilan jugak sebab awin x dapat datang..tapi x pelah,.bende x dpt dielak..ain redha..erm,

WISH
to all besday girls..
happy besday, smoga panjang umur, murah rezeki,dirahmati Allah, berjaya didunia dan diakhirat..


ingatlah..walau apa2 badai yg melanda...ain tetap sayang kan korang bertiga..hope persahabatan kite berkekalan hingga ke akhir hayat..smoga kite semua berjaya dlm hidup..!!

Tuesday, September 1, 2009

berbuka

Message receive…

From…
Kak farah my ex roommate
"ain esok free x,,? jom buke luar.."
Die ajak buka puasa kat luar (luar kampus)..honestly, ain terharu,,sbb ini menunjukkan diorg still ingat ain walaupun ain dah tercampak ke blok depan tingkat dua plak tuh..!!~

Nak di jadikan cerita…..pukul 5 lebih kitorg kuar gi cari destinasi mengisi perut….akhirnya kami memilih untuk melantak di sebuah restoran yg trletak di Bandar Putra..

Duduk jer kat kerusi…pekerja diorg mme efficient…sbb buat keje mmg pantas…
amik order

1. Air tembikai 2
2. Jus apple 1
3. Jus apple susu 1
4. Jus carrot 1
5. Air suam 1
6. Ikan siakap 3 rasa
7. Kangkung goreng belacan 2 org makan
8. Kerabu ikan bilis 2 orang makan
9. Tom yam campur 6 org makan
10. Telur dadar 2 orang makan
TOTAL RM94.50
Bile tengok harGA …Nampak mcm mahal kan?? Kitrg bayar rm 16 sorang..
TAPI..TAPI..

Nie yg nak ain kongsi kat sume!!! Walaupun Nampak cm mahal, tapi makanan kedai nih mmg ain puas hati..sedap sangat!!~ ain mmg nak promote suh korg gi makan kat sana..name kedai tuh (western_ _) ain x ingt..tapi kalo korg nak tau lebih lanjut kat mane kedudukan kedai tuh…nnt ain bleh lukis peta..hehe…pegi lah cube..mmg best!!

nahas 31 ogos 2009


Kereta api tergelincir, lima parah


JOHOR BAHRU - Lima cedera parah sementara 12 lagi mengalami cedera ringan apabila enam daripada sembilan gerabak Kereta Api Ekspres Sinaran Pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat di sini semalam. Menurut sumber, tiga mangsa yang parah merupakan rakyat Singapura, manakala dua lagi rakyat tempatan. Kesemua mereka yang parah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Gemas, sebelum dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Penumpang yang cedera ringan diberi rawatan segera di Stesen Batu Anam. Sementara itu, kesemua penumpang yang selamat telah dihantar ke destinasi masing-masing menggunakan lima bas yang disewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam pada itu, menurut Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu, kereta api berkenaan membawa lebih daripada 250 penumpang. “Empat daripada enam gerabak yang tergelincir adalah gerabak penumpang, manakala dua lagi gerabak kafeteria dan penjana kuasa elektrik,” katanya. Seorang saksi yang juga penumpang yang enggan dikenali memberitahu, sejurus sebelum kejadian, dia berasa kereta api berkenaan bergerak agak laju sebelum bergoyang dan terbalik.
"saya bersyukur kepada Allah kerana saya tergerak hati untuk tidak membeli tiket pulang ke segamat pada waktu pagi..saya pulang ke sagamat pada waktu petang..dan ketika berada di dalam train saya berasa sangat takut..sehingga saya tidak dapat tidur dengan lena.saya sudah mengetahui mengenai kejadian ini ketika saya baru sahaja menaiki train ini.saya dapt berita ini dari junior wing saya yang juga merupakan mangsa yg terlibat dalam nahas ini..beliau turut menceritakan keadaan ketika train itu tergelincir. beliau mendapat kecederaan ringan di tangan kanan dan badan nya terhantuk dengan kuat di kerusi ketika beliau cuba salamatkan diri.alhamdulillah tiada kesan yg teruk berlaku.saya berharap pihak KTMB mengambil tindakan mengenai hal ini. kerana saya merupakan pemumpang setia KTMB.
tiket balik raye pun dah beli!!~"