Al-hamdulillah puji-pujian hanya padaMu.. kita masih dapat menikmati kehidupan di dunia ini..syukur kerana kita masih dapat berjumpa dengan bulan yang mulia ini..Ramadhan Al-Mubarak..di kesempatan ini, marilah kita bersama2 menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah..semoga puasa pada tahun ini diberkatiNya..
Kurangkan bercakap kecuali yang memberi manfaat. Banyakkan membaca, Al-Quran, kitab-kitab dan buku-buku yang menambah ilmu. Baca dan faham.
Kurangkan tidur. Bersolat malam, berzikir dan bermunajat. Dalam suasana aman, damai dan bersendirian marilah kita melupakan perselisihan faham, perasaan buruk-sangka, keinginan untuk mengucapkan kata-kata buruk kepada sesama manusia.
Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUSA kepada semua umat Islam di dunia ini, smoga ramadhan kali ini lebih bermakna,.ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah membuatkan hati kalian terguris,,.saya doakan agar kalian berjaya di dunia dan diakhirat..
salam ukhuwah...

No comments:
Post a Comment