MINAT..HOBI..HARAPAN
Menulis adalah merupakan minat saya sejak kecil. Saya pernah memiliki beberapa buah diari untuk saya mencurahkan hasil fikiran saya setiap hari. Dari minat, ia menjadi hobi. Hobi : menulis?? (x menarik!!bosan!!). Bagi saya, pandangan masyarakat mengenai minat menulis adalah sesuatu yang membosankan, itu salah sama sekali. Sekiranya kita menulis tentang sesuatu perkara, ia akan membuatkan otak kita berfikir. Oleh sebab itu, saya mula melibatkan diri untuk menghasilkan blog saya ini. Kalau hanya tulis di diari, saya tidak dapat maklum balas dari sesiapa. Jadi,melalui blog ini, sesiapa sahaja boleh memberi komen dan cadangan. Lebih bagus kan??.. HARAPAN..sebenarnya saya pernah bercita-cita untuk menulis novel, tetapi sehingga kini saja gagal untuk menghasilkan sebuah novel ciptaan saya sendiri. Susah juga tau untuk tulis novel!!. Penulisan sesebuah novel memerlukan imaginasi yang tinggi, pemikiran yang mantap dan ceritanya mestilah menarik dari pelbagai aspek.. Harapan saya terhadap blog saya ini adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa jua yang boleh dibincangkan..salam perkenalan dari saya..
Ya Allah...
Terimalah amalan-amalan kami..
Perkenankanlah doa-doa kami..
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami..
Sepertimana ENGKAU berikan..
Kepada para Anbiya' & Auliya' mu..
Dan hamba-hambamuyang soleh..
Terimalah amalan-amalan kami..
Perkenankanlah doa-doa kami..
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami..
Sepertimana ENGKAU berikan..
Kepada para Anbiya' & Auliya' mu..
Dan hamba-hambamuyang soleh..
No comments:
Post a Comment