Tuesday, June 23, 2009

bulan rejab kembali lagi

FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya..
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

wallahualam

Sunday, June 14, 2009

XPDC Gunung Nuang 05/06/09 - 07/06/09

5 Jun 2009
11 org semuanye yg mnyertai xpdc kali ini. Group 1st tiba jam 6.15ptg di kaki gunung. My dad yg hantrkn kami sampai ke sana. Kami mula mndaki jam 7.30mlm. Perjlnn selama 2jam 30 minit amat memenatkan. Kerana jalan yg kami lalui agak sush. Mencanak. Sayalah org yg paling pancit!! hehe.. sampai beg sendiri pun dah x larat nak angkat..sory Toki cz kene angkat 2 beg.. Group 1st trdiri drpd myself,kak aida,kak fatin,toki,peto&topeng. Tepat jam 10 mlm kami tiba di Kem Lolo. Tempat tido kami. 30 minit kmudian, group 2nd tiba di kem lolo. Diorg lmbt skit sbb brtolak dr Johor lewat oleh krn sbb yg x dpt dielak..group 2nd tu ade badek,salam,kuntum,bangau & itik..mlm nie sume org kene sediakan makann sendiri.sbb x trmasuk dlm belanjwn.hehe.ape lagi, maknn yg plg lazat waktu nie ialah MEGI. mcm2 perisa ade. Air disediakan. K.aida ngn k.fatin yg buatkan. Air lemon tea panas!. 12tgh mlm masing2 beransur tido. tido pakai sleeping bag.

"tapi aku x leh tido..dah cube tutup mata.asik trjaga.risau dah nih sbb takut x de tenaga..pejam mata buat2 macam tido..alih2 dah kul 5 pagi..salam ngh masak sambal tuk sarapan.."

6 Jun 2009
Jam 6.30pagi.. BADEK: bangun!!bangun!! makan..

kami pun bangun..dengan lembabnye..rase cam nak sambung tido.sbb sejuk sngt. ktorg srpn makan nasi impit&sambal.sedap.tapi bagi ak yg x kuat pedas nih,,alamatnye..skit jerlah ak makan. dalam pkul 7.30pg kami mulekan pendakian. PERANCANGAN: 3jam ke kem pacat dan 2 jam ke puncak. total:5jam. Trek gunung nie, bg ak mmg sush.dah lah ak x cukup wat fitness. trek ni bnyk akar2 pokok. perlukan kekuatan fizikal dan mental. 1jam prjalann ak dah mule pancit. kaki dah sakit2. dalam hati rase cam nak balik. tapi, aku x smpai hati nak ckp kat diorg..kak aida ngn kak fatin byk bg kata2 semangat..thnks sis..


di kem pacat. berehat sebentar. sbnrnye:tunggu ak yg trtinggl..hehe

diorg buat ukiran kat pokok.

aku cuba daki..kuatkan semangt.dalam hati tetap nak sampai puncak.. akhirnye kami tiba di puncak tepat jam11.40pagi. wow!! 4jam 10minit. kire awal 1 jam dr perncangn. So,mknenye..ak x de lah teruk sangat..hehe. mulelah sesi bergambar di puncak.


sume org dpt coklat dri kak aida sbb berjaya sampai ke puncak..tahniah!!




ahli xpdc NUANG 06/06/09


ade yg masak megi ngn air milo..

suhu kt puncak sngt sejuk. sampai asap bleh kuar dr mulut. kami kat puncak x lame sngt. tepat jam 12.30tgh hr kami mule turun. turun gunung x amik byk masa sngt. cume kene hati2 sbb trek menjunm ke bawah. kami ambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke kem lolo. ade group yg dah tiba dahulu, diorg tgh mandi-manda..aku tibe lewat.sbb sakit kaki. dah x larat nak lari.
Petang, sume tido. kepenatan. tapi aku,kak aida,kak fatin makan megi. badek ngn salam plak masak untuk makan malam.nasi putih, lauk ikan sadin & telur dadar. dlm pkul 7mlm, kami 3 gadis, nak main UNO card. pe lagi, sume yg tgh tido,kitorg kejut..JOM MAIN!!.tapi bile dh main 2 round, ktorg benti jap.sbb nak mkn mlm. after that kitorg sambung. ramai mangsa yg aku kenakan..sorry ek kuntum ngn itik..hehe.mlm tuh mcm2 kitorg buat.makan kuaci,main teka-teki,dgr lagu..bile msing2 dah penat,tido lah jwbnye..


main UNO card..

7 Jun 2009
hari nie msing2 lambt bangun..x mcm smlm..tapi dlm kul 8 lebih ktorg start masak tuk sarapan. mcm2 ade.sampai kenyang perut masing2..lepas tu, kami kemas barng tuk balik. tapi sblum gerak balik,ktorg amik gmbr kenangn kat kem lolo..mintk tolong awek cina yg kem sblh pondok kami.10.30pagi kitorg gerak ke kaki gunung..ambil masa 2 jam lebih.. sampai jer kat bawah,sume terjun ke sungai.. name tmpat tuh Pangsun,batu 18 Hulu langat..ramai pengunjung sbb cuti sekolah n hari ahad..


dari kiri : k.aida, k.fatin, saya, badek, bangau, itik, topeng, kuntum, peto, toki. belakng :salam


dpt ais krim..hehe


nak balik dah


dlm bus rapid T41

dlm pkul 1.30ptg kami gerak ke bus top.sblum tu, kak aida blnja kami makan ais krim.thnks sis..kepd smua geng xpdc kali nie, ain nak ucapkn terima kasih banyk2 sbb bnyk bantu ain. trutama kak aida,kak fatin n toki..thnks jugak kat salam sbb ajar ilmu hiking..insyaAllah sekiranye panjang umo, kite akn brsama mnjelajh gunung2 yg ade di Malaysia..kenangan ini amat mmberi erti buat ain..
"kelab rekreasi uitm johor"

Saturday, June 13, 2009

minat..hobi..harapan

Assalamualaikum..salam perkenalan semua...

MINAT..HOBI..HARAPAN


Menulis adalah merupakan minat saya sejak kecil. Saya pernah memiliki beberapa buah diari untuk saya mencurahkan hasil fikiran saya setiap hari. Dari minat, ia menjadi hobi. Hobi : menulis?? (x menarik!!bosan!!). Bagi saya, pandangan masyarakat mengenai minat menulis adalah sesuatu yang membosankan, itu salah sama sekali. Sekiranya kita menulis tentang sesuatu perkara, ia akan membuatkan otak kita berfikir. Oleh sebab itu, saya mula melibatkan diri untuk menghasilkan blog saya ini. Kalau hanya tulis di diari, saya tidak dapat maklum balas dari sesiapa. Jadi,melalui blog ini, sesiapa sahaja boleh memberi komen dan cadangan. Lebih bagus kan??.. HARAPAN..sebenarnya saya pernah bercita-cita untuk menulis novel, tetapi sehingga kini saja gagal untuk menghasilkan sebuah novel ciptaan saya sendiri. Susah juga tau untuk tulis novel!!. Penulisan sesebuah novel memerlukan imaginasi yang tinggi, pemikiran yang mantap dan ceritanya mestilah menarik dari pelbagai aspek.. Harapan saya terhadap blog saya ini adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa jua yang boleh dibincangkan..salam perkenalan dari saya..

Ya Allah...
Terimalah amalan-amalan kami..
Perkenankanlah doa-doa kami..
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami..
Sepertimana ENGKAU berikan..
Kepada para Anbiya' & Auliya' mu..
Dan hamba-hambamuyang soleh..