Saturday, August 29, 2009

keceriaan di wajah

kejadian berlaku pada 28 ogos 2009
ketika ketiadaan pensyarah
SAKSIKAN
nak tau tak keceriaan tu kat wajah sape???
erm...


nak gi tau la nih...


hehe...




dekat wajah2


"KAMI"

KAMI gembira
Kerana dapat bergambar bersamA
Ketika kelas CTU..

Kami gembira
Kerana kami bersatu hati
Keceriaan terserlah di wajah..

KAMI gembira
Kerana kami akan pulang
Ke kampung halaman..

iTik's




ceria kan wajah masing2?? mmg dah x sabar nak balik dah waktu nih..berpuasa bersama keluarga tercinta!!~ ade yg naik bas..train..kereta..balik sama2..bile dlm prjalanan,teringat wajah2 yg sedang menanti..~ wah..sayunye..hehe..

kpd sume dak investment...best sangat tyme nih..tapi kite x cukup ahli..kalo sume ade kan best..kan?kan?smoga persahabatan kite kekal selamanya..ain hargai persahabatan ini..smoga ikatan ini dirahmati Allah...last, gud luck ! study smart !

salam ramadhan..


Friday, August 28, 2009

Deko Bersama Ain

Assalamualaikum dan salam sejahtera…


bertemu kembali di rancangan Kaca Impiana bagi episod pertama musim yang pertama..(eh tadi cakap bertemu kembali!! Tapi baru episod pertama) hehe..sori silap… Baiklah, saya Nurul Shuhada Nurul Ain (mcm kenal jer name nih).. host anda yang cute nih,..bagi episod pada kali ini saya akan menunjukkan cara2 untuk mengecat rumah dengan cara yang betul…

Kita kembali selepas ini…


Iklan…MCD
Iklan…Pizza

Iklan…KFC..
(asal iklan makanan jer bulan puasa nih??..hehe..x tergugat kan iman anda??))

Hai bertemu kembali..saudara dan saudari pasti inginkan ruang tidur kelihatan menarik dengan warna dinding yang tenang dan deko yg indah kan?? Jadi, kita boleh tido dengan lena..baiklah,, saya x nak membebel panjang,.. mst bosan dgr bebelan saya kan? Jadi, anda tgk shja gambar2 di bawah ini..selamat menonton..


sebelum


pilih cat mengikut kesesuaian ruang tidur anda

nampaknye kucing saya (mat) juga sibuk ingin menolong

sebelum mengecat, kite boleh main conteng2 dahulu (maaf ajaran sesat!!)

mule mengecat..pastikan anda mengecat mengikut 1 aliran sahaja (atas-bawah)
selepas
maaf x siap deko lagi

seterusnya sediakan cadar yg sesuai dengan warna bilik tidur dan mengikut cita rasa anda..pastikan cadar ini diperbuat dari 100% cotton agar tidur anda lebih selesa...saya beli di JUSCO balakong..dgn harga yg berpatutan..!!~

sofa ini sbnrnya dibeli oleh kakak saya untuk diletakkan diruang tamu baru rumah saya.. kami beli sofa ini di courts mammoth, kajang..kami brasa sungguh bertuah kerana pada hari pembelian,.harga jualan nya telah dipotong separuh harga..maka,kakak sy x tunggu lama..terus bayar secara cash!!~

angah saya telah membeli cermin besar ini untuk diletakkan di dinding ruang makan kami..agar ruang makan tampak lebih luas..kami beli cermin ini di nilai 3 dengan harga yang berpatutan.sy amat berpuas hati kerana hasil ukiran frame ini amat cantik..!!~

Selesai sudah episod pada kali ini..saya harap penonton semua dapat berbelanja dengan cermat seperti keluarga kami mengamalkannya!!~ jika anda boleh cat rumah anda sendiri, jadi x perlulah mengupah orang lain untuk mengecat rumah kita...betul kan?

semoga bertemu kembali di waktu yang sama di hari yang sama...salam dari saya nurul shuhada nurul ain!!

Wednesday, August 26, 2009

terkenang suasana dahulu


salam ramadhan...

smlm syida, bestfren ak ajak brbuka di masjid..dengan hati yg trbuka,,ak pun terima..sbnrnye ak dh lame teringin nak berbuka di masjid.tapi x de teman..so,untuk hr yg pertama berbuka di masjid..pujian patut diberikan kepada tukang masak!!.. kerana makanan sedap!!~ . ade bubur plak tu.. tapi ak x cube pun bubur tuh..sbb dh kenyang. x suke makan banyk2 time berbuka.. tkut terawih mengantuk.. hehe.. berterawih di masjid alsyakirin telah mengingtkan ak kenangan bulan ramadhan swktu di sekolah dahulu (smka maahad hamidiah kajang)..ak sngt merindui suasana ramadhan di sana.. setiap petang kami akn bertadarus.. solat berjemaah.. bertarawih,, makan morih!!~ hehe.. dgr tazkirah..setiap pagi jumaat ade solat sunat duha yg dilakukn secara berjemaah mengikut giliran tingkatan.. tapi yg paling ak suke,setiap hari ade perhimpunan dan bacaan al-quran serta tafsirannya akan diperdengarkan.. dengan harapan semua pelajar dpt mulakan pelajaran dengan tenang.. sngt seronok!!~tapi...suasana tu dh x de skrg...rindunya ak dengan kenangan dahulu...

"SMKA Maahad Hamidiah"

Monday, August 24, 2009

TEMAN


TEMAN
Andai kau berteman denganku kerana tutur bicaraku,,
Ketahuilah aku mungkin akan menyakitimu dengannya..

TEMAN
Andai kau berteman denganku kerana peribadiku,,
Ketahuilah bahawa aku tak sempurna..

TEMAN
Andai kau berteman denganku kerana kita sering bersama,,
Ketahuilah yang aku akan meninggalkanmu dan dunia ini..

Maka TEMAN
Temanilah aku kerana Allah dan kerana aku temanmu,,
Terimalah aku ketika buruk dan baiknya aku

MAY ALLAH BLESS US,,..

Friday, August 21, 2009

syukur masih dpt berjumpa dengan mu

Al-hamdulillah puji-pujian hanya padaMu.. kita masih dapat menikmati kehidupan di dunia ini..syukur kerana kita masih dapat berjumpa dengan bulan yang mulia ini..Ramadhan Al-Mubarak..di kesempatan ini, marilah kita bersama2 menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah..semoga puasa pada tahun ini diberkatiNya..


Kurangkan bercakap kecuali yang memberi manfaat. Banyakkan membaca, Al-Quran, kitab-kitab dan buku-buku yang menambah ilmu. Baca dan faham.


Kurangkan tidur. Bersolat malam, berzikir dan bermunajat. Dalam suasana aman, damai dan bersendirian marilah kita melupakan perselisihan faham, perasaan buruk-sangka, keinginan untuk mengucapkan kata-kata buruk kepada sesama manusia
.


Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUSA kepada semua umat Islam di dunia ini, smoga ramadhan kali ini lebih bermakna,.ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah membuatkan hati kalian terguris,,.saya doakan agar kalian berjaya di dunia dan diakhirat..

salam ukhuwah...

Wednesday, August 19, 2009

munafasah julai-nov 2009





imbas kembali

last sem kami (bmd2c1) menang tempat pertama utk pertandingn munafasah..kami mmprsmbahkan pentomen + nasyid yg bertemakan keagungn Al-Quran.pentomen yg brtajuk "AL-HIDAYAH".

investment part 2

pada semester ini


kami (bmd3c1) mmprsembhkn pentomen+sajak+nasyid yg bertemakan kekejaman yahudi di bumi palastine..dengn latihan sebanyak 5 kali..,akhirnya kami dpt buat persembahan yg trbaik..

sesi latihan pada waktu malam

watak:


ain (saya): pencerita+penyajak+nasyid

hana: suara latar+nasyid

nadia: suara latar+penjaga bunyi+nasyid

muiz: suara latar


(warga palastine)

fiza: anak

fitri hakim: bapa
azizi: org buta+penyanyi solo

nadia: remaja baik

saleha: ibu mengandung

sufi: org tua


(yahudi)
azzali

azhari

faizul

farah ain

hayati


(nasyid)

intan

farahin

balqis

fariha

najiha

nabilah

izzudin

(mujahidin)

hanis

pinky
hakim

sebenarnya kami menghadapi masalah yg sangt merisaukan ain..iaitu....

kami x de teks arab lagi ketika itu jam 9 pagi...tapi azizi telah berkorban utk membuat teks arab trsebut..tepat jam 11pg azizi dpt menyiapkan teks arab..lps jer dpt teks tuh ain trus gi fotostat...tapi,mesin plak rosak...dah nasib.....tapi,tnpa tunggu lama,ain trus naik unit sukan.mintak tolong kak ikin fotostatkan teks tuh...tepat jam 12tgh hari barulah semua suara latar terima teks..mmg kelam-kabut masa tuh..tapi semangt kami kuat..kami cepat2 belatih..x sampai pun 15minit..alhamdulillah segala penat lelah kami AKHIRNYA


KAMI JUARA UTK MUNAFASAH bg HARI YG KEDUA



ramai jgk penonton yg hari...and thnks for mandarin student yg dtg support kami




alhamdulillah...

Sunday, August 16, 2009

ketika saat ini

tajuk cam best jer kan??
hehe..sebenarnye ain nak wat semakan trhdp pe yg patut ain buat pada hari ahad yg mulia ini
1. sajak untuk munafasah > sudah siap
2. latihan munafasah > sudah dihadiri
3. business card > sudah siap ..tinggl nak print jer
4. brochure company > belum buat
5. 1st draft term paper > dalam proses..
insyaallah dalam beberapa jam untuk baki pada hari ini, ain akan cube siapkan kerja2 tu..tapi, sempat gak lah outing ngn intan,hanis,azali..thnks a lot fren..dpt ar rehat kan otak kejap tadi..erm, this night ade gak latihan munafasah..so,kene wat keje petang nih..hope sempat..amin..

Saturday, August 15, 2009

suatu hari di hari ahad

hari ahad..
cuti
berehat
bersama keluarga
menikmati makanan
sungguh indah kan??
hehe..
tapi,,hari ini,,aku telah rancang byk pekara yg ingin ak buat..
1. latihan munafasah b.arab
2. study MGT300
3. jawab case study MGT 300
4. buat business card
5. buat company broucher
6. 1st draft english term paper
7. pe lagi erk??..udah ler tuh
mintak2 sempat buat..wish me luck..
ok
nite

Friday, August 14, 2009

Pesan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

renung2kan..

Tuesday, August 11, 2009

XPDC GUNUNG BIRAI

rasenye dah lame x update blog...
so, ak trpaksa imbas kembali semua yg berlaku sepanjang 2 minggu yg lalu..

mari baca!!

31 Julai - 2 Ogos 2009
Kelab Rekreasi menganjurkan XPDC GUNUNG BIRAI yg trletak di Labis, Johor. xpdc pada kali ini disertai oleh 29org ahli termasuk exco kruise..trek gunung ni x de lah susah sangt. tapi, trgolong dlm trek yg mencabar..sebab kami mendaki gunung mengikut trek yg sudah lame x digunakan..so, duri + semak-samun banyk lah.

tgk gambar lah ek!!
penyerahan makanan dan peralatan perkhemahan kt tempat parking blok u jam 9.30 mlm.
kami tunggu bas kuning utk bawa kami ke destinasi..jam 11 pagi..lokasi di bas top


dlm perjalanan ke gunung birai, labis, johor

setelah tiba..buat regangan badan..warming up!! penting utk elak sebarang kecederaan..

sepanjang xpdc,ain dpt byk pengalamn baru..terutamanya kene gigit pacat..bukan 1,bukan, 2..tapi x terkira..huhu..ain x takut pun kat pacat tuh..tapi geli..eeee.lagi2 kalo yg dh gemuk dh isap darah...uiii..geli

di puncak,,.puncak gunung birai nih x delah cantik sngt..if nak dibandingkan ngn ledang + nuang..sesi fotografi di puncak, mmg x penah miss lah..msing2 nak masuk ke lensa kamera..huhu

mari tgk pic di puncak..








TEAM GUNUNG BIRAI


ain (aku), kak fatin, kak aida, kak sopi, kak ami, kak pinat, kak dayah, kak miesa, kak mia, kak yieka, kak effa, syafiqa, fatin, niesa, akmal
badeq, koyum, toki, amuk, bangau, kodeq, murad, acap, angsi, awadz, atuk, topeng, arang dan saib
thnks a lot kpd semua peserta xpdc pd kali ini..sekiranya ade lagi event seperti ini, ain harap semua dpt join lagi..walaupun ramai yg x sehat selepas xpdc pada kali ini, (termasuk ain), tapi semangat utk naik gunung x penah luntur dlm hati..hope korg pun cam tu gak yeh...
Smoga brtemu lagi dlm xpdc gunung yg akn dtg..
caw!!~
hidup kruise